Chamberpoint Main Page

Search for Company :  

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Advertisement : KONSEP PEMBANGUNAN MENARA DPMM KELANTAN
Penganugerahan EMPAT buah projek Sekolah oleh pihak kerajaan yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak pada tahun 2001 telah membuka peluang untuk Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Kelantan (DPMMNK). Membeli sebidang tanah yang strategik di Kota Bharu daripada Danaharta Berhad seluas 1.076 ekar yang bertujuan untuk bersama mengorak langkah dan berganding bahu merealisasikan hasrat dan cita-cita kerajaan mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Melayu berjaya. Visi Yang DiPertua dan Ahli Jawatankuasa DPMM Negeri Kelantan adalah untuk membuka peluang kepada ahli-ahli yang berpotensi bagi mengembangkan perniagaan sedia ada dan meneroka peluang-peluang baru serta sama-sama berganding bahu dengan wadah perjuangan yang sama dibawah satu bumbung demi mengharungi dunia perniagaan di masa depan yang lebih mencabar. Justeru itu DPMM Negeri Kelantan telah membuka peluang kepada ahli-ahlinya bagi membeli ruang-ruang hotel, ruang-ruang kedai dan ruang-ruang pejabat di Menara DPMM Negeri Kelantan. Pemasaran KPAT Marketing Sdn. Bhd. sebuah Syarikat Sekutu Koperasi Perumahan Angkatan Tentera Berhad yang dilantik oleh PDPMM Kelantan bagi melakukan jualan bilik-bilik hotel, ruang-ruang kedai dan ruang-ruang pejabat yang dipakejkan bersama PIP’S (Property Investment Plus Scheme) yang ditajajamin oleh MNI yang menjanjikan pulangan tunai hingga RM 349,000.00 kepada bakal pembelinya dalam masa 30 tahun beserta pakej Insuran Kemalangan Peribadi berjumlah RM 60,000.00 (6 X Single Premium) dan Perlindungan Hayat sebanyak RM 12,000.00 (1.25 X single Premium) yang mana tertinggi. PDPMM Kelantan akan membina Menara DPMM Negeri Kelantan terletak di Lot 339, Kampung Sireh, Seksyen 18, Kota Bharu, Kelantan (bekas tapak Sek. Kadir Adabi). Menara DPMM Negeri Kelantan akan diurus cara profesional oleh sebuah syarikat pengurusan hotel yang dilantik oleh DPMM Negeri Kelantan yang akan mengurus bilik-bilik hotel dan juga menyediakan segala kemudahan kepada pemilik-pemilik ruang niaga dan pejabat. - 2 - Terdapat 110 bilik hotel, 7 unit ruang kedai serta 136 unit ruang pejabat dengan keluasan antara 323 hingga 409 kaki persegi akan dijual kepada para pelabur yang berminat dengan harga yang berpatutan. Pelabur hanya perlu membayar 10% dari harga jualan dan baki akan dibiayai oleh pembiaya yang diuruskan oleh pihak DPMM Negeri Kelantan. Nilai tunai pelaburan PIP’S dari jenis ‘Single Premium Investment Linked Plan’ di akhir tempoh 30 tahun. Nilai yang dijanjikan di atas hanyalah satu indikasi dan bergantung sepenuhnya kepada pencapaian sebenar pelabur. ………… Property Investment Plus Scheme ini adalah satu pelaburan yang ditajajamin dan diuruskan secara profesional. Bilik Hotel Pelabur bilik hotel akan mendapat pulangan pelaburan mereka daripada : 1. Skim PIP’S MNI 2. Pengagihan sama rata 40% hasil jualan bilik di kalangan pelabur. 3. Pengagihan sama rata 10% hasil jualan tempahan majlis bankuet dikalangan pelabur. 4. Pengagihan sama rata 10% hasil jualan restoran kepada pelabur. (Semua agihan hasil jualan dibuat oleh DPMM Negeri Kelantan melalui Syarikat Pengurusan Hotel yang dilantik). Pendapatan Jualan Individu – bilik hotel dan Majlis Bankuet. 1. Pemilik bilik hotel juga akan diberikan komisyen 5% dari tempahan bilik-bilik hotel yang dibuat. 2. Mereka juga akan menikmati 5% komisyen peribadi dari tempahan bagi majlis-majlis bankuet. (Setiap pelabur bilik hotel digalakkan untuk membuat pemasaran bilik-bilik hotel dan majlis bankuet bagi tujuan mendapat tambahan pendapatan individu). Sila lihat contoh Perkiraan Pendapatan bulanan bilik hotel – Bulan Januari. - 3 - Cara Pembahagian Hasil Jualan Untuk 110 Bilik Bagi Tempoh Sebulan. Diandaikan kadar penginapan 60%. A. Pendapatan pemilik/pelabur bulan Januari. 1. 1980 bilik penginapan X RM100.00 = RM 198,000.00 X 40% / 110 pelabur = RM 720.00 2. 10% dari jualan bankuet Januari = RM 159,000.00 X 10% / 110 pelabur = RM 144.00 3. 10% dari jualan restoran Januari = RM 167,000.00 X 10% / 110 pelabur = RM 151.00 Pendapatan pemilik / pelabur bagi bulan Januari berjumlah = RM1015.00 B. Tambahan pendapatan bagi jumlah individu (jika ada). 4.5% komisyen tempahan bilik RM 100 X 5 hari X 5% = RM 25.00 5.5% komisyen tempahan majlis banquet RM 10,000 X 5% = RM 500.00 Pendapat pemilik / pelabur bertambah jika membuat jualan = RM 525.00 Setiap pelabur akan mendapat pendapatan sebanyak RM 1015.00 pada bulan Januari bagi jualan bilik, restoran dan bankuet. Pendapatan bulan Januari akan bertambah sebanyak RM 525.00 lagi dari hasil komisyen jika pemilik / pelabur membuat jualan individu. Pendapatan ini boleh diguna untuk bayaran pinjaman kepada pembiaya. Pendapatan bulanan akan terus bertambah sekiranya tempahan jualan meningkat. - 4 - Kelebihan istimewa untuk pelabur bilik hotel. Sebagai pemilik, mereka dan isteri / suami serta anak-anak layak mendapat kemudahan percuma seperti berikut : 1. Percuma untuk tinggal atau menginap di bilik hotel seminggu dalam setahun. 2. Diskaun istimewa untuk bilik-bilik hotel dan restoran. 3. Boleh menggunakan kemudahan kolam mandi, ‘gyms’ serta lain. 4. Kad platinum bagi membolehkan anda mendapat diskaun pernginapan di hotel-hotel lain yang mempunyai rangkaian dengannya. Ruang Kedai serta kemudahan sepusat Hotel Ruang-ruang kedai juga disediakan meliputi 7 unit di aras lantai akan memberi pilihan perniagaan kepada pelabur samada untuk membuka kedai majlah / suratkhabar, ‘travel agen’ kedai runcit atau kraftangan. Pelabur-pelabur ruang kedai mudah mendapat pelanggan-pelanggan harian di kalangan kakitangan hotel, penginap hotel, staf DPMM Negeri Kelantan dan pemilik-pemilik ruang pejabat. Pelabur juga akan menggunakan kemudahan sepusat hotel seperti pembersihan, maintenance dan lain-lain apabila diperlukan sahaja. Ruang Pejabat serta kemudahan sepusat Hotel Ruang-ruang pejabat yang disediakan dilengkapi dengan segala kemudahan terkini beserta dengan kemudahan ICT dan perabut dalaman serta penggunaan kemudahan sepusat hotel seperti : 1. Maintenance – bagi kemudahan pembaikan, air dan api 2. Room Service – bagi tempahan makanan dan minuman untuk pelanggan 3. House Keeping – pencucian dan kebersihan pejabat mereka 4. Concierge – tempahan surat khabar dan sewa kereta 5. Restoran – bagi temapahn untuk pelanggan 6. Bankuet / bilik mesyuarat – bagi mengadakan mesyuarat, seminar dan perjumpaan dengan pelanggan. - 5 - Dengan kadar ‘charge’ tertentu semua kemudahan hotel boleh diguna pakai pada masa yang diperlukan sahaja dengan cara menghubungi pihak pengurusan hotel, dan ini akan menjimatkan masa, kos pengurusan, kos perkeranian dan kos maintenance. Peluang sudah disediakan oleh DPMM Negeri Kelantan untuk ahli-ahli dan terpulanglah kepada ahli untuk menyahut cabaran ini semoga kejayaan merealisasikan pembangunan menjadi lambang Masyarakat Perniagaan Melayu yang bersatu padu dan mempunyai wawasan yang sama.

Company Name :