Select Industry Category
Associations
Banking & Finance
Construction & Property
Consultants & Professionals
Consumer Products
Consumer Services
Hotels & Hospitality
Industrial
News & Media
Plantation & Mining
Technology
Transportation
Search for Company :
Advanced Search
News : Sistem Open XML Bantu Industri Halal
Produk halal bukan saja terdiri daripada makanan tetapi apa saja yang digunakan oleh umat Islam seluruh dunia. Kesulitan mendapatkan makanan halal mendorong kepada penganjuran Forum Halal Dunia 2007 di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Ketika forum berkenaan, sebuah syarikat yang dibangunkan bagi menguruskan dan menyelaraskan pembangunan industri halal, Perbadanan Kemajuan Industri Halal (HDC) telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Microsoft Malaysia bagi membangunkan Malaysia Halal Hub Open XML System bagi pasaran halal antarabangsa. Halal Hub Open XML System Malaysia dilihat sebagai sebahagian daripada Pelan Induk Perindustrian Malaysia Ketiga (IMP3) 2006-2009 terutama bagi menjadikan negara sebagai hab halal global dan perdagangan produk dan perkhidmatan halal. Majlis menandatangani MoU berkenaan disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Pengerusi Forum Halal Dunia (WHF) 2007, Khairy Jamaluddin. HDC diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Jamal Bidin, manakala Microsoft pula oleh Pengarah Urusannya, Yasmin Mahmood. Yasmin berkata, pihaknya berbangga bekerjasama dengan HDC bagi sistem yang bakal menjadikan negara sebagai hab pengeluaran dan perdagangan barangan dan perkhidmatan halal. “Ini menjadi penanda aras yang penting bagi kami dan majlis hari ini menunjukkan era baru bagi usaha berterusan Malaysianising Microsoft,” katanya pada majlis berkenaan. Sistem berkenaan berdasarkan kepada Open XML dan merupakan piawaian terbuka antarabangsa yang disahkan oleh ECMA International, sebuah badan piawaian yang telah membangunkan beratus-ratus teknologi antarabangsa selama lebih 46 tahun. “Malaysian Halal Hub Open XML System juga menyediakan integrasi yang lebih baik dan mudah berbanding teknologi lain. “Ia juga memberikan kuasa kepada pentadbir dan pengguna dengan pilihan, fleksibel dan inovasi yang amat penting dan sistem berkenaan direka bagi memenuhi keperluan komuniti halal antarabangsa,” katanya. Malaysian Halal Hub Open System terdiri daripada tiga komponen iaitu: * Pusat Pertukaran Produk Halal, hentian Portal Internet bagi perdagangan halal global. * Pusat Ilmu Penyelidikan Halal, tempat penyimpanan maklumat yang berkaitan dengan halal dan pasar pintar. * Persijilan Halal Mudah Alih, sistem berdasarkan web berpusat yang akan menyelaraskan proses persijilan halal antarabangsa.
Source :