Select Industry Category
Associations
Banking & Finance
Construction & Property
Consultants & Professionals
Consumer Products
Consumer Services
Hotels & Hospitality
Industrial
News & Media
Plantation & Mining
Technology
Transportation
Search for Company :
Advanced Search
News : Lesen kontraktor kelas F khas bagi koperasi
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi bercadang mengeluarkan semula lesen kontraktor kelas F yang dibekukan sejak 2005. Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bagaimanapun berkata, lesen tersebut hanya akan dikeluarkan kepada koperasi di seluruh negara dan bukannya untuk individu bagi mengelak daripada disalahgunakan. “Saya akan bawa isu ini ke Kabinet secepat mungkin untuk kelulusan kerana buat masa ini memang terlalu banyak kerja bagi kontraktor kelas F yang tidak dapat dilaksanakan. ‘‘Tujuan kita beri lesen itu kepada koperasi adalah kerana ia melibatkan ramai orang di peringkat akar umbi, ia akan memberi manfaat kepada anggota dan bukannya individu,” katanya. Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Juara Tapah Berhad, di sini hari ini.
Source :