Select Industry Category
Associations
Banking & Finance
Construction & Property
Consultants & Professionals
Consumer Products
Consumer Services
Hotels & Hospitality
Industrial
News & Media
Plantation & Mining
Technology
Transportation
Search for Company :
Advanced Search
News : RM29.5j Bantu Pekebun Kecil di Kelantan
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi memperuntukkan sebanyak RM29.5 juta kepada pekebun kecil untuk mengusahakan sistem tanaman dua baris dan integrasi tanaman atau ternakan dengan kelapa sawit. Menterinya, Datuk Peter Chin Fah Kui berkata, sebanyak RM500 akan diberikan kepada setiap pekebun kecil yang mengusahakan sistem tanaman dua baris bagi setiap hektar sementara projek integrasi tanaman atau ternakan pula akan diberikan sebanyak RM1,500 setiap hektar. ‘‘Saya menggesa pengusaha ladang dan pekebun kecil supaya berhubung dengan Lembaga Minyak Kelapa Sawit untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai bantuan itu,” katanya. Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada majlis perasmian seminar pekebun kecil dan pelancaran kelompok baja terselia bagi daerah Beaufort dan Merotai di sini hari ini. Pada majlis itu, Fah Kui turut menyampaikan bantuan anak benih sawit berkualiti kepada para pekebun kecil di daerah itu. Turut hadir ialah Menteri Pembangunan Perindustrian negeri, Datuk Dr. Ewon Ebin dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin. Menurut Fah Kui, selain memberi insentif, kerajaan juga menyediakan skim bantuan anak benih sawit berkualiti di Sabah dan Sarawak yang dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Katanya, bagi meringankan beban yang ditanggung oleh pekebun kecil, sebanyak RM10 juta diperuntukkan untuk disalurkan kepada pekebun yang layak di kedua-dua negeri berkenaan. ‘‘Kita menjangkakan skim ini akan dapat membantu seramai 2,000 pekebun kecil melibatkan kira-kira 8,000 hektar kebun sawit,” ujar beliau. Fah Kui seterusnya berkata, hasil usaha penstabilan harga komoditi yang dilakukan oleh kerajaan, pihaknya berpuas hati kerana prestasi harga minyak sawit kini semakin stabil mencecah RM400 setan metrik. ‘‘Antara usaha kerajaan termasuk memperluaskan pasaran dan peningkatan kegunaan produk sawit. Di samping itu, langkah memperkenalkan penggunaan dan pengeluaran biodiesel juga telah merangsang permintaan minyak sawit,” kata beliau.
Source :