Select Industry Category
Associations
Banking & Finance
Construction & Property
Consultants & Professionals
Consumer Products
Consumer Services
Hotels & Hospitality
Industrial
News & Media
Plantation & Mining
Technology
Transportation
Search for Company :
Advanced Search
News : MDeC Lancar Program Harta Intelek
PERBADANAN Pembangunan Multimedia (MDeC) menjangka melancarkan program khusus seperti siri harta intelek (IP) MSC Malaysia, khidmat nasihat dan skim geran harta intelek, tahun ini. Ketua Eksekutifnya, Datuk Badlisham Ghazali, berkata program itu bertujuan mencetuskan lebih kesedaran untuk mempelajari bidang harta intelek dan mempermudahkan bantuan bagi bidang terbabit. “Sama pentingnya dengan mencipta inovasi sama ada bagi perniagaan atau dari segi teknikal, MSC Malaysia mesti mempunyai kebolehan untuk mengkomersialkan inovasi yang dicipta rakyatnya dan menggalakkan mereka memfailkan inovasi mereka,” katanya pada Forum Inovasi Malaysia 2007 di Kuala Lumpur, semalam. Forum sehari yang juga dialog awam-swasta untuk memupuk inovasi dan membangunkan industri teknologi tinggi yang berjaya itu, dianjurkan Microsoft Malaysia. Badlisham berkata, banyak syarikat belum nampak faedah memfailkan inovasi mereka. Katanya, mewujudkan rantaian perniagaan bernilai dan melindungi inovasi mereka amat penting. “Menerusi siri seminar, kita menggalakkan syarikat memfailkan inovasi mereka dan kita akan memberikan mereka geran kelayakan bagi tujuan itu,” katanya. MDeC sedang berusaha bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk membincangkan proses IP secara berterusan bagi memenuhi keperluan penguatkuasaan dan pasaran semasa. Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Harta Intelek Mlaysia (MyIPO), Profesor Madya Rohazar Wati Zuallcobley, berkata untuk memaksimumkan sumbangan IP dalam mempercepatkan pembangunan sosio ekonomi dan teknologi, perlu diwujudkan persekitaran sesuai. Katanya, persekitaran sedemikian akan menggalakkan penciptaan IP yang berterusan, menyediakan sistem perlindungan IP yang tinggi piawaiannya, menggalakkan usaha memanfaatkan IP yang berpotensi dari sudut komersial, memupuk pembangunan industri sokongan, dan membina keupayaan sumber manusia.
Source :