Select Industry Category
Associations
Banking & Finance
Construction & Property
Consultants & Professionals
Consumer Products
Consumer Services
Hotels & Hospitality
Industrial
News & Media
Plantation & Mining
Technology
Transportation
Search for Company :
Advanced Search
News : 412 Produk Dimasuk Dalam Trek Sensitif Akta
MALAYSIA memasukkan 412 kod tarif dalam trek sensitif menerusi program liberalisasi tarif di bawah kawasan Perdagangan Bebas Asean-Korea (Akfta), berkuat kuasa 1 Jun lalu. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) dalam kenyataan, semalam, menyatakan daripada jumlah kod berkenaan, 356 terletak dalam senarai sensitif dan 56 lagi dalam senarai amat sensitif. Antara produk tersenarai ialah besi dan keluli, produk getah, plastik, kimia, jentera dan mekanikal, kenderaan, tekstil, produk tenusu dan barangan berasaskan kaca. Miti berkata, maklumat lanjut mengenai produk tersenarai di bawah trek biasa dan trek sensitif serta jadual pengurangan tarif boleh diperoleh menerusi laman web Miti (www.miti.gov.my). Katanya, bagi menikmati konsesi tarif di bawah Akfta, pengeksport perlu mengemukakan Sijil Tempasal yang dikeluarkan Miti kepada Kastam di Korea. “Sijil berkenaan akan dikeluarkan Miti atas permohonan, bagi produk mematuhi syarat ditetapkan Akfta,” katanya. Kementerian itu berkata, produk perlu mematuhi syarat tempasal dengan memenuhi syarat 40 peratus kandungan tempatan di negara Akfta atau sudah melalui proses transformasi penting di peringkat penetapan tarif . “Bagaimanapun, peraturan produk spesifik akan diguna pakai bagi produk pertanian, tekstil, pertanian yang diproses, besi dan keluli serta automotif,” katanya. Miti menambah, pengimport Malaysia boleh menikmati konsesi tarif Akfta dengan mengemukakan Sijil Tempasal yang dikeluarkan pihak berkuasa Korea kepada Kastam negara ini. “Borang permohonan juga boleh dibeli daripada Persekutuan Pekilang Malaysia dan cawangannya. Pengeksport boleh mengemukakan permohonan bagi mendapatkan Sijil Tempasal kepada Miti dan pejabat cawangannya mulai 1 Jun lalu,” katanya. Bagi Produk Trek Biasa, pengurangan dan penghapusan tarif akan dilaksanakan dalam empat peringkat pada 2007, 2008, 2009 dan sehingga 2010, membabitkan pengurangan kadar tarif semasa secara beransur-ansur daripada 20 peratus kepada sifar. Produk di bawah Trek Sensitif pula dibahagikan kepada senarai sensitif dan senarai amat sensitif dengan tarif sensitif akan dikurangkan kepada 20 peratus pada 2012 dan seterusnya ke paras sifar hingga lima peratus pada 2016. Tarif produk amat sensitif pula akan dikurangkan kepada 50 peratus pada 2016. Program liberalisasi di bawah AKFTA itu selaras perjanjian mengenai Perdagangan Barangan menerusi Perjanjian Rangka Kerja mengenai Kerjasama Ekonomi Komprehensif antara Asean dengan Korea yang dimeterai 24 Ogos 2006.
Source :