Select Industry Category
Associations
Banking & Finance
Construction & Property
Consultants & Professionals
Consumer Products
Consumer Services
Hotels & Hospitality
Industrial
News & Media
Plantation & Mining
Technology
Transportation
Search for Company :
Advanced Search
News : 100 Majlis Pembangunan Usahawan Daerah Akhir Tahun Ini
Lebih banyak Majlis Pembangunan Usahawan Daerah (MPUD) akan ditubuhkan bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk melahirkan Masyarakat Perindustrian dan Perdagangan Bumiputera (MPPB) yang berkualiti tinggi. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, buat masa ini sebanyak 63 MPUD telah ditubuhkan di seluruh negara dan jumlah itu dijangka meningkat sekurang-kurangnya 100 pada penghujung tahun ini. ‘‘MPUD yang ditubuhkan pada tahun lalu merupakan inisiatif kementerian untuk melahirkan MPPB,” katanya selepas melancarkan Ekspo Usahawan MPUD Pendang di tapak pasar Sabtu di sini hari ini. Menerusi MPUD katanya, adalah lebih mudah untuk kerajaan merancang program berkaitan bagi usahawan terlibat termasuk menyediakan peluang perniagaan untuk mereka kerana profil usahawan di kawasan berkenaan telah dikenal pasti. Katanya, MPUD juga berperanan sebagai perunding dan penyelaras dalam program pembangunan keusahawanan kerana ahlinya juga boleh mendapat maklumat berkaitan termasuk mendapatkan modal perniagaan. ‘‘Ini kerana kepimpinan MPUD adalah masyarakat tempatan termasuk agensi di bawah kementerian seperti Bank Rakyat, Bank SME, Tekun dan sekretariatnya pula di bawah Mara,” katanya. Khaled berkata, aktiviti yang dijalankan oleh MPUD seperti ekspo keusahawanan bukan sahaja dapat mempromosikan produk ahlinya tetapi juga dapat menanam budaya perniagaan di kalangan masyarakat setempat. ‘‘Kita dapati budaya keusahawan itu sudah ada pada orang Melayu kerana sesetengah mereka sanggup menghadapi kegagalan dan bangkit semula daripada kegagalan dalam perniagaan,” katanya. Sebab itulah, katanya kerajaan menyediakan pelbagai kursus peningkatan untuk usahawan bumiputera kerana penguasaan ilmu juga penting dalam melahirkan usahawan yang berjaya. Khaled berkata, usaha mewujudkan MPPB perlu dilakukan kerana pelbagai peluang perniagaan akan wujud dalam pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) jika tidak orang Melayu akan hanya menjadi pemerhati ketika ekonomi negara semakin berkembang. Pada majlis itu juga Khaled melancarkan direktori usahawan Pendang yang dikendalikan oleh MPUD Pendang dan menyampaikan Anugerah Usahawan Berjaya Pendang sempena ekspo tersebut.
Source :