Dewan
Business Center (DBC) merupakan pusat maklumat dan kemudahan
usahawan di mana para ahli dan bukan ahli Dewan dapat
menggunakan kemudahan yang disediakan bagi memenuhi tanggungjawab
dalam perniagaan dan keusahawanan. Ianya ditubuhkan sejajar
dengan hasrat Yang DiPertua Dewan iaitu memaksimakan kepuasan
ahli. Kemudahan yang disediakan adalah seperti berikut:
- Dewan Seminar / persidangan - (maksimum 100 orang)
- Dewan Mini / Bilik kuliah - (maksimum 12 orang)
- Mini Cyber Café
- Dewan Ria Kafetaria
- Van Penumpang Mercedez Benz 140d
- Pakej pelancongan untuk ahli
Fungsi
1. Menjadikan DBC sebagai pusat rujukan maklumat dan
informasi mengenai Dewan, aktiviti Dewan dan program-program
anjuran Dewan dan anak-anak syarikat Dewan.
2 . Menjadikan DBC sebagai pusat rujukan dan pengumpulan
maklumat serta informasi terkini berkaitan keusahawanan
dan peluang-peluang perniagaan kepada usahawan-usahawan
khususnya di negeri Kelantan.
3 . Memberi peluang kepada ahli dan bukan ahli Dewan
menggunakan kemudahan yang disediakan bagi memenuhi
keperluan mereka dalam bidang perniagaan dan aktiviti
sosial.
|