|
DPMMNK telah ditubuhkan pada 13 Ogos 1974 sebagai salah satu
daripada 14 cawangan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia.
Badan ini merupakan sebuah organisasi yang sentiasa berjuang
menyatupadukan peniaga dan pengusaha Melayu demi kepentingan
dan faedah ekonomi Melayu. Bilangan ahli yang berdafter
terus dengan DPMMNK ialah kira-kira 700 orang.
Bilangan ini tidak termasuk ahli-ahli dari 13 buah
persatuan-persatuan gabungan. Kira-kira 90% daripada
ahli terdiri dari usahawan-usahawan kecil dan sederhana
yang mempunyai modal berbayar syarikat di antara RM50,000
- RM2.5 juta. Mereka terdiri daripada kontraktor binaan,
pemaju hartanah, pengilang (perabut, pembatek, makanan,
plastik), perkhidmatan, pemborong dan peruncit, pembuat
dan peniaga barang kemas (emas dan perak) dan lain-lain.
Peranan dan Fungsi
1. Sebagai pemangkin/penjana, penyebar dan penyalur
budaya luhur yang berteraskan nilai-nilai murni Islam
dalam perniagaan dan keusahawanan.
2. Sebagai sumber rujukan maklumat dan pengantara diantara
ahli/usahawan Melayu dengan pihak Kerajaan atau sektor
awam.
3. Sebagai tempat untuk usahawan Melayu yang berjaya
menyalurkan pengalaman, bantuan dan sokongan.
4. Sebagai pengenalpasti dan pemangkin peluang-peluang
perniagaan dan keusahawanan.
5. Sebagai penyokong dan pendokon wawasan, strategi
dan dasar kepimpinan negara dan negeri bagi mencapai
matlamat melahirkan masyarakat perdagangan dan perindustrian
Bumiputra (MPPB).
Visi
Bagi menghadapi cabaran alaf baru, kepimpinan DPMMNK
berikrar dan beriltizam menggarapkan visi strategiknya
untuk melahirkan usahawan Melayu dikalangan ahlinya
yang mempunyai ciri-ciri berikut;
1. Kelompok usahawan Melayu yang berniaga berteraskan
aqidah dan mengamal nilai-nilai Islam.
2. Kelompok usahawan Melayu yang bertunjangkan Sains
dan Teknologi.
3. Kelompok usahawan Melayu yang mantap cintanya terhadap
ilmu dan pengetahuan; dan
4. Kelompok usahawan Melayu yang dapat menyumbang kepada
pertumbuhan ekonomi negara.
Objektif
Bagi mencetuskan visi-strategiknya, kepimpinan DPMMNK
telah mengambil objektif strategi berikut sebagai penggeraknya:
1. Menjadikan DPMMNK sebagai satu "wadah"
dan forum yang mantap dan mampan bagi mengolah dan mengemukakan
pemikiran ahli yang berkaitan dengan dunia perniagaan
dan keusahawanan.
2. Menjadikan DPMMNK sebagai satu "wacana"
yang lebih kukuh dan utuh bagi meningkatkan kredibilitinya
supaya lebih disegani dan dihormati serta berupaya mengembalikan
maruah dan martabat usahawan Melayu dalam dunia perniagaan
dan keusahawanan.
3. Menjadikan DPMMNK sebagain satu "wahana"
yang lebih mampan untuk merebut peluang yang terluang
dan diluangkan untuk ahlinya.
Penubuhan Dewan-dewan Perniagaan Melayu di
Peringkat Negeri
Usaha terawal untuk mewujudkan persatuan perniagaan
di negeri telah dipelopori oleh peniaga-peniaga Melayu
di Kelantan pada tahun 1938 dengan penubuhan Dewan Perniagaan
Melayu Kelantan dalam tahun berkenaan. Langkah yang
dirintis oleh Dewan Perniagaan Melayu Kelantan kemudiannya
telah diikuti oleh lain-lain negeri. Penubuhan Dewan-dewan
Perniagaan di peringkat negeri turutan adalah seperti
berikut:
| Dewan Perniagaan Melayu Kelantan |
1938 |
| Dewan Perniagaan Melayu Perak |
1951 |
| Dewan Perniagaan Melayu Johor |
1952 |
| Dewan Perniagaan Melayu Selangor |
1953 |
| Dewan Perniagaan Melayu Terengganu |
1953 |
| Dewan Perniagaan Melayu Kedah |
1956 |
| Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang dan Seberang Prai |
1959 |
| Dewan Perniagaan Melayu Negeri Sembilan |
1960 |
| Dewan Perniagaan Melayu Perlis |
1963 |
| Dewan Perniagaan Melayu Melaka |
1963 |
| Dewan Perniagaan Melayu Pahang |
1972 |
| Dewan Perniagaan Melayu Wilayah Persekutuan |
1975 |
Peranan Dewan Secara Umum
1. Menyediakan satu pusat sumber Maklumat Perniagaan
dan Perindustrian.
2. Merancang dan melaksanakan aktiviti penghasilan
kewangan (Fund Generating) secara berterusan ke arah
memperkukuhkan kewangan dewan.
3. Menyediakan satu Organisasi sekretariat yang mempunyai
tenaga kerja mencukupi, mahir, cekap dan berdedikasi
untuk melaksanakan peranan dan tanggungjawab.
Perkhidmatan Dewan Kepada Ahli
1. Menyebar dan mempamirkan maklumat tender/ sebutharga
dari Agensi Kerajaan dan Swasta.
2. Menyebar dan mempamirkan maklumat dan peluang perniagaan
kepada bumiputera untuk menjadi Pembekal, Pengedar,
Peruncit, Francaisi serta Import/ Export dan sebagainya.
3. Menyampaikan maklumat dan peluang-peluang menyertai
Pameran Dagang Dan Lawatan Keluar Negara yang dianjurkan
oleh Agensi Kerajaan Dan Swasta.
4. Memaklumkan maklumat dan peluang-peluang untuk menyertai
Kursus-kursus Profesional, Kemahiran, Pengurusan dan
sebagainya yang berkaitan dengan industri dan komersial.
5. Memberitahu kepada ahli-ahli berkenaan peluang-peluang
untuk menyertai kursus, seminar, dialog, simposium,
ceramah dan sebagainya bagi mempertingkatkan pengetahuan
dalam bidang perniagaan.
6. Membuka cawangan-cawangan DPMM Negeri Kelantan di
setiap dareah.
Peranan Dewan Kepada Ahli
1. Mengadakan suasana yang kondusif bagi menggalakkan
peniaga-peniaga Melayu menjadi ahli Dewan dan Persatuan
Gabungan.
2. Mengadakan aktiviti-aktiviti untuk faedah ahli.
3. Mewujud, membuka atau memberikan peluang-peluang
perniagaan kepada ahli-ahli dari segi pengetahuan teknikal,
kemahiran pengurusan dan pemasaran.
4. Menggalakkan kewujudan satu tenaga bersepadu (cohesive
force) di antara ahli-ahli di dalam bidang-bidang perniagaan mereka.
5. Mewujudkan satu kumpulan pengusaha-pengusaha dan
peniaga-peniaga Bumiputera yang bertahap tinggi dan profesional.
6. Memperjuangkan hak mutlak ahli-ahli dalam bidang
perniagaan berasaskan konsep"Fair Trade".
7. Memainkan peranan sebagai perantara, jurucakap dan
penasihat bagi pihak ahli-ahli.
8. Menyediakan kemudahan khidmat nasihat kepada ahli-ahli.
9. Menyatupadukan peniaga-peniaga Bumiputera melalui
Dewan dan mewujudkan semangat kesetiaan di dalam kesatuan.
|